Saturday, May 10, 2008

Serasikah Alam

Ku memandang ke dada langit
Beraraknya awan menyelimuti alam
ku berkalih pandang pada lautan yang terbentang
Masih lagi begitu si Ombak setia menghempas pantai

Di manakah letaknya keserasian alam
Pada awan mahupun lautan
Di manakah letaknya persamaan alam
Sedangkan langit kau junjung
Bumi pulak yang kau pijak
Serasikah alam???

Masih serasikah alam
Bila pagi resah menanti kokokan ayam
Serasikah alam
Bila si pungguk tetap mendambakan rembulan
Serasikah alam
Bila mentari igaukan siang
Serasikah alam
Bila bintang menyinari malam
Serasikah alam?????




*Dasyu tak tahu nk taip apa, so merapu meraban lah jawapnya hehehe







Saturday, August 18, 2007

KaU YaNg Ku SaYaNg

psst: Squall, nanti kau balas tau puisi haku nie, cakap nk jiwang2 karat dengan haku (pastikan awek kau tak salah anggap dengan haku)



Kau YAng Ku Sayang

Di saat Hati mulai letih
Untuk mendambakan perasaan dinamakan sayang
Di saat hati kian pudar
Untuk mengharapkan biasan perasaan digelar cinta
Di saat itu jua kau hadir
Memeluk erat hati ku yang semakin dingin ini
Melimpah luhur kasihmu itu
Menyimbah bahagia untuk terus terikat denganmu...

Di saat wajahku mendung ditemani mentari
Seakan tiada cahaya yang menyinari
Di saat mataku gelita dilitupi gelapnya malam
Seakan tiada bintang yang menemani
Di saat itu kau hadir
Memaut erat hatiku yang kian sepi ini
Menghadiahkan secebis harapan untuk terus denganmu
Menjanjikan kesetiaan untuk diriku

Alangkah damai perasaan ku ini
Terbuai dengan kata rindumu
Tergambar akan ria yang dikhabarkanmu
Terasuk dengan sifat penyayangmu...
Terpesona dengan tingkah mu
Terpegun dengan budi bahasamu
Terikat dengan kejujuranmu...

Ingin ku berada di sisimu
wahai kau yang ku sayang....



:ditujukan buat si dia yang kian ku sayang:


eceh! terjiwang plak memalam nie, hehehehe

Wednesday, August 15, 2007

JL BM WEEK 2 : KamBinG tu SukA MengEmbEk..

Kambing?.. uh tak tahu aku kenapakah kambing yg dijadikan mangsa si tempe sebagai tajuk tugasannya pada minggu ini, minat benor minah tu dengan perkataan kambing (entah2 ada skandal kot, hehehehe)... nak tahu... tanyala tempe sendiri... jgn biarkan hidup anda diselubungi misteri..

Sebelum aku bercerita lebih lanjut mengenai kambing ni, nak lah jugak haku nanya korang, kenal ke idak menatang yg diberi nama kambing tuh? bukan ape.. orang2 bandar ni kadang2 tak kenal rupa kambing ni, kalau yg duduk kampung tu mungkin dah bosan dah tgk kehenseman kambing jantan dan keseksian kambing betina, tapi kalau duduk kampung pun korang tak kenal kambing, aku harap2 korang bertaubat bebanyak, teruk dah sakit korang tuh..

Ni ada satu cerita aku dgr cerita dr kawan aku, ini pun cerita dia dgr dr abah dia... ada seorang hamba allah ni.. dah bertahun duduk kat bandar.. nak jadi cerita satu hari dia balik kampung bawak anak dia... budak tu bila sampai kampung je ternampak le seekor kambing sedang meragut rumput.. korang tahu ape soklan budak tu kat abah dia?..
"abah... kenapa anjing tu ada tanduk?".. hmm.. kesian budak tu.. tak kenal rupa kambing.. disangkanya anjing..

Nie rupa kambing yg atuk aku bela time aku kekecil dulu (aku tak ingat shimie sempat ke idak dengan kambing2 tu), sempatlah aku p suapkan botol susu kat kambing tu, bagi pucuk daun kat kambing tu, tapi atuk aku ada lah sebelah, sebab aku nie penakut, yealah tanduk kambing tu pun dah nak sama besar dengan lengan aku, di buat disondolnya aku, habis aku...

Kalau korang nk tahu (kalau dah tahu bebuat tak tahu lagi), kambing ialah seekor haiwan mamalia yg berkaki empat.. memakan rumput.. beranak dan menyusukan anak... bertanduk dan berjanggut.. tak kira jantan betina(skema plak rasenya ) pendek kata ada macam2 jenis kambing.. kambing gurun, kambing biri2, kambing sexy, eh! silap tu kambing JL.. ada mcm2 lagilah.. cerita kat sini kang.. ternganga lak korang.. lgpun aku bukan nak buat tesis pasal kambing (tak der pasal aku nk citer sampai berjela2)...

Nah aku persembahkan model2 kambing untuk tatapan korang (pandang jer tau, jangan tenung lelama....)



Kambing ni, untuk pengetahuan korang, takut sangat dgn air.. tp yang heran tu tak pulak takut minum air, kalo korang nak bagi kambing mandi.. aku rasa ada dikalangan korang kena tendang dgn kambing, tersangat takutlah kambing itu dengan air untuk dimandikan, huhuhuhu... sebab tu gamaknya badan die bau busuk (isk korang tak yah cium, memang leh bau busyuknya) tp.. busuk2 pun berguna jugak tau! macam kambing biri2., bulu dia boleh dijadikan benang, daging kambing boleh dimakan, boleh disembelih utk tujuan korban dan juga aqikah, kepala boleh wat perhiasan (opsss kena banned dgn pencipta haiwan nantikan blog aku nie)..


Nie aku nk bagi pendapatlah kan, bagi yg masih menganggur, takde kerja asyik rempit jer (nie marah lak mat rempit kat aku nie).. baik korang bela kambing, boleh untung banyak tau, tak yah mandikan (jimat air dah) nak2 lak time raya korban.. fuhhhh lumayan gitu, bisa beli kereta satu bijik (kalau kambing korang banyak lah) tp kalo dah bela kambing tu.. jgn lupa kurung dlm kandang mcm gambar ni, kalo tak karang abih dimakannya pokok2 bunga org lain, marahlah che' kiah sebelah rumah korang, mek jenab depan rumah korang, sebab kalau korang nak (sesapa nk ambik tahu lah kan) kambing ni.. kalo dia makan pokok, alamat mati la pokok tu.. nanti tak pasal2 korang tgk kembung tergolek je kambing korang sebab kena racun dngn org.. huhuhuhu... innalillah.. tp kalo kambing tu tak sempat mati lagi, bawak le jumpa dr kambing (kat JL pun ada dr kambing tau).. insyallah.. dia boleh rawatkan..

Nie contoh kambing yg tinggal dalam rumah ala2 'flat' gitu, walau nampak cam sesak jer kan, tapi bagi kambing tu dah cukup mewah..hehehe



Oklah.. aku pun dah takde idea nak ckp ape pasal kambing, kerja pun tgh banyak, huhuhu, nak jenguk JL pun tak sempat, begitu baik hati bos aku memberi tugasan berlambak2 untuk aku siapkan, takpe die.. nanti aku suruh kambing sondol bontot die baru die tahu muahahaha (sambil tanduk setan kuar kat kepala aku)...

Sebelum aku menamatkan tugasan aku pasal kambing ini yg ternyata melalut dan mengarut, aku nak beri spesel utk korang, resepi SUP KAMBING...

tp ingat.. orang darah tinggi tak sesuai makan SUP KAMBING.. (nyum..nyum.. sambil makan roti cicah sup kambing.. lepas ni nak makan kerepek tempe)



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~



Bahan-Bahan
2 kilo daging kambing, potong ikut suka hati, rebus dengan 2 helai daun pandan, 1 batang serai titek, sedikit kayu manis, pelaga dan bunga cengkih, dan sedikit garam, sehingga ½ empuk. Ketepikan.

1 bungkus rempah sup bonjot

DIKISAR HALUS
2 biji bawang besar
1 jari
4 biji bawang putih

2 biji bawang besar, belah 4
2 biji tomato, belah 4
2 sudu makan rempah sup
½ cawan oats
1 sudu makan lada putih
½ cawan daun ketumbar
Sedikit minyak untuk menumis
Sebatang roti Perancis

BAHAN TABUR

Hirisan daun sup/daun bawang
Bawang goreng

Cara Cara

Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan kisar sehingga garing. Masukkan daging, rempah sup bonjot, secukup air dan sedikit garam. Rebus sehingga daging ¾ empuk. Masukkan bawang dan tomato, kacau rata.

Masukkan rempah sup, oats, lada putih, dan biarkan ia mendidih lagi, sehingga dagingnya empuk dan lembut. Rasa, tambah apa yang kurng.

Semasa menghidang , taburkan bawang goreng dan hirisan daun sup/daun bawang.
Enak dimakan panas-panas dengan roti Perancis.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

UNDILAH SAYA UTK JL BLOGGER MANIA SEKIRANYA ANDA RASA SAYA LAYAK. SILA DAFTAR DIRI ANDA DI http://www.jomlayan.com UTK MENGUNDI.

psttt: untuk makluman korang gambar disebelah tiada kaitan langsung dengan aku, tu adalah luahan perasaan seekor kambing pasal dah rasa glamer time aku temubual dia pg tadi, maklumlah kambing pun nk glamour gituuuu... penat jugak aku umpan pucuk2 pokok, bunga2 masa nk temubual kambing nie, cehhh kambing pun ngada2!

Tuesday, August 7, 2007

JL BM WEEK 1: BiLa JoMLaYaN MeNguRaT Aku...

Ermmmm...
Aku sebenarnya tak der idea yg bernas nk merapu pasal ahad lepas aku dah citer camner aku leh masuk jomlayan nie, sekali hari isnin dapat tugasan untuk promot jomlayan.. Aisehhhh nyesal lak promot awal2 citer haku tu.. Tapi sebagai student yg berdedikasi, aku siapkan juga tugasan nie dengan penuh keikhlasan dan bersemangat...cewah!

Kiranya aku buat sambungan dari citer aku yang lepas lah yea, seingat aku 1st dapat pm (private message) dr GJ, masa tu terkejut jugak, isk sapa nie? (dah ler avatar dia gambor org utan, mujur haku tak ngigau malam tu), mesej dia 'selamat berforum, sapa yang bagitahu pasal forum jomlayan nie' - waktu tu aku ingat GJ marah aku masuk forum jomlayan tu, tapi memandangkan ayat depan tu 'selamat berforum' maknanya dia mengalu-alukan kehadiran aku.. Dengan ringkas aku jawab ' kawan yang bagitahu'... time tu aku tak reti lagi nak buat thread sendiri (al-maklumlah budak baru, malu-malu alah ler, aku selalu sampuk posting orang, tapi terus terang aku bagitau walaupun korang budak baru, memang diaorang layan korang sama rata jea, so korang tak rasa disisihkan melainkan korang yang saja nak menyisihkan diri sendiri..Dan satu lagi korang kena sporting sebab diaorang nie suka mengusik, jangan ambik hati, kekadang usikan tu lah yg membolehkan aku buat senaman mulut tetiap hari..

Kalau korang tanya apa ke bestnya join forum nie, uhhhh malas nak cakap banyak, pertama2 nya aku nak korang jenguk dulu http://www.jomlayan.com/ pastu g ronda2 dulu disekitar bod2 yang ada, alah aku sure time korang jenguk tu korang dah teruja, jantung dah berdegup pantas dah untuk sama-sama join jomlayan nie, kalau korang tak rasa apa2 aku nasihatkan korang jumpa bomoh mana2 mesti korang tersampuk jin sebelum masuk jomlayan tu..Lepas korang register. Sila letak id yang best2 contohnya dasyu, whitedolfin, squall_pka1, jejerz, mashimie, geng jahat, skycrew (promot sikit member yg masuk blogger mania),tempe, cleo, hazel, andre, bagusnet, jag, diablo, nida, magna, budeen, zazz,isyarina, wildcempaka, ena, nidrah, mimiladiva...uhhh tak larat aku nak taip banyak2 korang jengoklah kat sana, nama puak pun ada cam geng tak jahat, geng lucah, geng jahil, wrong geng, geng ster dan banyak lagi lah... Alah nama depa jer nampak cam ganas, tapi baik woooo hehehe aku nasihat korang jangan plak terkejut tgk avatar diaorg memang gambo org2 utan belaka, hahahaha suka org utan rupanya diaorg tuh...Tu salah satu kelebihan yang ada dalam jomlayan..

kat jomlayan nie, aku memang suka ke bod layan borak, sebab dah seiring dengan nama bod tu memang korang leh borak sesuka hati dan sekencang mana korang nak, cuma korang kena tahu batas berbahasa, jangan sampai memaki hamun orang, yea tak? kalau org maki korang pun korang marah kan? tak gitu? gitu gitu yea... Pastu aku punya hobi menyapa mana2 forumer yang baru masuk, so tak hairan lah setiap kali org baru register aku akan menyapa kat bod layan kenal (harap maklum aku sedang bagitahu yang aku nie peramah), satu lagi bod yang aku suka layan perasaan, ecehhhhh sebenarnya aku nie leh dikatakan jiwang gak, kalau aku tengah jiwang, habis ar aku merapu, tulis puisi2, hehehe dengan squall aku pernah merapu, sib baik squall nk layan gak aku (macehhh squall).. Selain tu gak aku suka baca bod pantun dari isyarina, mak oiiii kalau korang baca memang korang akan berpendapat sama dgn aku yg isyarina nie berbakat, pantun dia best, tak kurang jugak dengan abang gareth, kalau time diaorang berdua berpantun, aisehhh tak ingat dunialah diaorg tu (hahaha ampun isya ngumpat sikit)...

Manakala kalau korang minat pasal saham2 nie, korang leh jenguk bod bursa saham, ada layan maskulin, layan lady street,layan anggun, layan kesihatan, layan teka-teki, layan hobi, perspektif Islam dan banyak lagi nie, tapi aku tak larat nak citer banyak, apa kata korang p jenguk sendiri, jangan lupa tau http://www.jomlayan.com/, kalau korang masuk tapi malu-malu kucing sila pm aku, leh aku promot korang, Insyaallah korang akan cepat dikenali, aku ada cara nak glamourkan korang.. nak cuba? Alah tak yah mikir banyak nak cuba ke tak nak, korang join jer jomlayan, korang tak ruginyer.. Sure nyer, meh join jomlayan kalau korang nak merasai dirimu begitu berharga! Cewah!!!!

Pendek kata dari aku, sama-samalah kita berforum di jomlayan.. apa lagi? jommmmm layannnnnn..


Sunday, August 5, 2007

ImbaSaN sAtu TiKa DuLu di JoMLaYaN....

Amaran penulis: citer ini berkemungkinan akan menyebabkan anda merasa meluat secara tetiba atau mungkin akan mengalami gangguan emosi yang keterlaluan. Anda dinasihatkan mengatur nafas seselesa yang mungkin untuk terus mengikuti citer ini..... Jomlayan (promot skit!)

Seperti semalam, aku masih selesa menghadap pc untuk meluangkan masa yang terlebih giler masa tu. Maklumlah keje kat cyber cafe, masa bnyak terluang, bos lak suruh aku masuk mana2 forum untuk hilangkan boring, aku apa lagiiii ...jomlayan lah. Masa tu aku tengah ligat berforum dalam satu forum lain (tak nak bagitahu forum apa sebab matlamat citer aku nie nak promot jomlayan jer). Sekali tu tengah duk berym dengan adik aku si mashimie82, dia bagi link jomlayan.. so, aku pun dengan semangat membara g lah masuk jomlayan tu..

1st time masuk, aku tengok mak oiii ramahnya diaorng berforum, memasing cam kenal rapat jer, saling bergurau senda... sebagai seorg gadis yg pemalu, aku segan nk sampuk posting2 diaorg, yealah kan ada yang tanya 'eh ko sapa nie?' haaaa mana aku nk letak muka aku?.. so waktu aku cuma memerhati jer, kiranya nk tengaok lenggok diaorg, pastu kebetulan malam tu bos aku suruh keje sebab dia nak jumpa client dia, so malam tu aku pun masuk balik jomlayan.. Aku pun buka thread diablo 'aku sesorg ker malam nie' (kalu tak silap, dah lupa wehh). Saat itulah aku mengenali 2 orang yang sampai sekarang aku masih ingat...

Jag dan Baguznet, 2 nama nie yang mengajar aku camner nak berposting dengan geng2 jomlayan!, siap ajar aku nk masukkan avatar aku (saje nak manja2 dgn diaorg).. Dan bnyak jugaklah diaorang bagitahu camner nak meramahkan diri dalam jomlayan! Esoknya aku pun praktis ler tips2 dari Jag n Baguznet tu, uhhh menjadi, seingat aku thread yg aku masuk tu yang pokcik budeen buat pasal maggie goreng (kalu tak silap, lupo weh)..

dan sejak itu, aku mula ligat berforum, aku mula kenal tempe, gareth , isyarina, ena, wildcempaka, diablo, geng jahat, dan ramai lagi (sesapa namanya yang tidak ditaip jangan marah atau kecik hati, letih woo taip bebanyak).. Lepas tu aku perhati lak cara abang gerek (gareth) mengorat di jomlayan!, aku pun kekonon nk cuba nasib... huhuhu best ghupenya ngorat kat forum, maklumlah memasing sporitng, kekadang sampai naik lenguh mulut aku tergelak sesorg depan pc.. Dan selama mana aku di jomlayan!, tak pernah aku nk ambik hati dengan posting2 kat sana, alah apa lah sangat gurau senda kan, bukan leh luka pun...

So, akhir kata aku nasihat korang baik g berforum di jomlayan! rugi kalau tak bersama2 kami memeriahkan forum tu, tak caya? isk isk rugi.. baik korang percaya, berani tak? jom ikut aku berforum di jomlayan..



kuiz hari ini :berapa kali kah aku menaip perkataan jomlayan?

Wednesday, August 1, 2007

EnGkaU Kah DiNamAkaN TeMan?

Seringkali ku di hujani
Persoalan tentang siapa temanku
Seringkali ku di bebani
Persoalan tentang apakah diriku bermakna di mata hati temanku..

Seringkali lidahku kelu
Bilamana temanku sendiri bertanyakan hal yang serupa
Seringkali lidahku bisu
Bilamana temanku mengeluh kerana tiada teman di sisinya...

Seringkali ku bertanya sendiri
Adakah aku teman yang sejati
Seringkali ku muhasabah diri
Adakah cukup ikhlas diriku bersama teman...

Engkau kah yang dinamakan teman
Sudi mengharungi saat suka dan duka bersamaku
Engkau kah yang dinamakan teman
Sudi merasai saat lapang dan sibuk bersamaku
Engkau kah yang dinamakan teman
Sudi berkongsi saat sihat dan sakit bersamaku

Engkau kah yang dinamakan teman
Sudi memimpinku di saat hatiku dalam kegundahan
Engkau kah yang dinamakan teman
Sudi membuatku tersenyum biarpun kecewa di hati kian menggunung
Engkau kah yang dinamakan teman
Sudi membongkar segala silap diriku untuk aku sedar dari kealpaanku...

Andai itu ada padamu
Adakah Engkau yang dinamakan teman?...

Tuesday, July 24, 2007

BerMuLanYa ku Di sini

Salam semua...

Hari nie dasyu mula buat blog, dulu pernah buat blog tapi dah lama tak update sampaikan alamat blog pun tak tahu (hehehe). So sekarang nie rasanya nak buat bebetul, nak kongsi pengalaman, berkongsi suka duka, berkongsi pengetahuan, berkongsi perasaan, cewah! banyak plak kan..


Akhir kata, sila-sila kenali dasyu melalui penulisan dasyu di blog nie..